Aku bermimpi masjid.. yang hanya mempunyai satu PINTU dan anehnya tidak mempunyai KUBAH..tak ke aneh tu.. apa maksudnya..??
Aku ingin mentafsirkan tapi aku takut tersalah tafsir… adakah ianya berkaitan dengan hasrat murniku ini atau pun… aku tak mampu.. tolonglah aku.. bantulah aku… fikiran ku tersentuh dengan mimpi ku itu.. pertama kali aku bermimpi perkara yang aneh seperti itu. Kadangkala aku berasa bahagia bila mengenang kembali mimpi itu tetapi kadangkala aku ngeri, seram dan takut.. Bodohkah aku..? takut pada kebaikan.. tapi aku takut pada Tuhan,. Aku takut mati dalam keadaan aku belum bersedia… aku tak ingin mati sesat.. aku ingin mati dalam apa yang aku idamkan. Aku ingin mati dalam Cahaya Hidayah Nya.. aku ingin mati dalam keadaan aku betul-betul bersedia… dalam aku sudah mengetahui segalanya… Tuhan.. tolonglah hambaMu ini. Lembutkanlah hati kedua orang tuaku, kakak, abang ..dan saudara mara ku… aku cuma ingin restu dari mereka semua.. aku tidak minta lebih dari itu.. aku cuma ingin RESTU .. restu dalam aku mencapai niat suciku.. aku tidak mahu tidurku diulit bayangan maut…aku tidak ingin.. aku ingin bebas dari semua itu.. aku ingin bangkit semula. Aku betul-betul ingin menjadi wanita muslimah yang sejati..aku ingin hidupku ini lebih bermakna.. restuilah aku.
Aku minta maaf andai apa yang aku lakukan nanti akan menguris hati kalian semua, tapi aku sudah nekad.. sudah terlalu lama aku pendamkan semuanya. Aku tak ingin ia menjadi busuk, aku ingin ia kembali menjadi segar. Sebelum ini aku tidak pernah berkeyakinan untuk menempuh semua ini, aku takut kehilangan keluarga, tapi sejak aku terjumpa seseorang..dia banyak memberi semangat kepadaku, aku tidak pernah punya seorang sahabat sepertinya. Terima kasihku ucapkan kepadamu sahabat, aku kini lebih berkeyakinan dalam usahaku mendekati Islam. Semangat ku kembali pulih. Setelah lama aku digertak..disindir.. kini aku sudah ada satu harapan.. aku reda dengan apa yang terjadi nanti..
Niatku betul-betul ikhlas, keputusan ku ini tidak dipengaruhi oleh sesiapapun… niatku ini lahir dari hatiku. Ikhlas aku katakana yang aku betul-betul mencintai Islam sejak 7 tahun yang lampau….aku seringkali membaca buku-buku berunsurkan ISLAM secara senyap-senyap, aku mengikuti rancangan berunsurkan agama jika tiada keluarga di rumah.. aku lakukan ini semua tanpa pengetahuan sesiapa pun.. dan aku juga banyak bertelagah pendapat dengan ibuku berkenaan dengan agama Islam ini. Sudah sampai masanya aku melepaskan segalanya.. segalanya yang aku pendam selama ini.
Mak.. aku tetap anak mak.. anak mak yang masih manja..dan aku harap mak pun tetap akan anggap aku sebagai anak mak..anak yang manja…. Jika mak ingin melihat anak manja mu ini bahagia.. bahagiakanlah dia..izinkanlah dia.. restuikanlah dia.. berikanlah dia peluang… selama ini dia cuba member pengertian kepada mak. Tapi mak tidak pernah beri dia kesempatan. Mak tahu tak betapa luluhnya hati dia saat itu..acapkali dia menangis. Mengenang semua itu.. dia sayangkan mak tapi dia tak mampu nak bantah cakap mak. Kalau selepas ini dia membuat sesuatu yang melukakan hati mak., maafkan lah dia. Mungkin dengan cara ini dia lebih bahagia, dia lebih tenang..dia dapat mencari permata yang dia cari selama ini… izinkan lah dia.

bagus sekali mbak..jangan lupa kunungi blog baru saya juga ya mbak
BalasPadam