
Malam ini, aku sekali lagi terfikir… kenapa Allah hadirkan dia pada ku.. dia bukan kawanku jauh sekali kekasihku. Entah mengapa, aku rindu padanya.. rindu pada pesanan-pesanannya yang sentiasa aku ingat sampai sekarang. Bagi aku dia telah berjaya menyedarkan aku tentang sesuatu. Tentang kehidupan ini terutamanya.. sebenarnya aku bukan seorang yang baik sangat… kerana itu bila ada seseorang yang mengambil berat tentang ku terutamanya tentang agama ku.. aku sangat terharu.. Pesanan yg dia bagi padaku adalah pesanan yang asas dalam Islam tapi kadangkala.kita kan cuma insan biasa.. gagal juga untuk melaksanakan.. :
Pesanan pertama : Kitak dah solat kah tek? Jangan lupa solat tau.. jangan lengahkan.. J (pesanan berkaitan kewajipan mendirikan solat)
Pesanan Kedua : Kitak mun keluar dari rumah sekalipun kena pakai tudung.. ingat ya,. kat kampung pun kena pakai tudung.. (pesanan berkaitan kewajipan menutup aurat)
Pesanan Ketiga : apapun yang berlaku antara kita sayang, ingatlah.. jaga akidah kitak.. jaga akidah kitak elok-elok. Jangan sekali berputus asa dengan kehidupan ini. Apapun yang berlaku, jangan keluar dari Islam.. (Pesanan terakhir yang terpenting.. menjaga akidah)..
Dimana pun dia berada, aku sentiasa berdoa kan kebahagiaan dia. Biarpun kadang kala aku benci kerana belum puas aku menerima nasihat-nasihat dari dia dan pesanan peringatan dari dia, dia terpaksa meninggalkan diriku pula. Seperti apa yang aku cakap tadi, kita cuma lah insan biasa.. tak mampu untuk menolak ketentuan dari Allah.. kepada dia .. terima kasih kerana sudi mengingatkan ku..
(ps : pesanan dia yang terakhir sebelum kami berpisah : I love u Sayang… )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan