
2330 hrs… begitu lama rasanya menanti detik itu… adakah rasa begitu saat menghadapi sakratul maut, ataupun lebih dasyat lagi dari itu. sudahkah kita bersedia untuk semua itu. kalau belum, persiapkanlah diri kita untuk ke arah itu. tinggalkan lah harta dunia, carikanlah harta akhirat… tapi berapa ramai yang sanggup berbuat demikian?? Ingatlah harta dunia tak akan dapat membantu ada di akhirat nanti.. tapi amalan anda yang akan membantu anda…
Ingatlah, kita bersedih kerana Nya, kita bersabar, kita miskin, kita hina, kita jujur, kita ikhlas.. di akhirat nanti kita akan hidup dalam penuh kegembiraan.. kita akan merasa kebahagiaan yang sebenarnya yang kita cari selama ini. Tapi jika kita di dunia sementara ini kita ketawa, kita tidak ingat pada Nya, kita tipu, kita enjoy, kita tidak ikhlas… kita akan terseksa diakhirat nanti, kita akan merasa azab yang sebenarnya, sengsara yang amat pedih hinggalah ke hari kiamat.. sanggup kah kita?
Ingatlah orang yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis dia akhirat nanti, dan orang yang banyak menangis masa hayatnya akan banyak ketawa di akhirat nanti.
Jika dibuat pilihan, tentu kita ingin pilih ketawa di akhirat.. kita ingin hidup bahagia..kekal dan abadi..menjadi para bidadari syurga, menjadi suami kepada bidadari syurga.. sudah terlambatkah kita untuk mendekati semua itu.. belum lagi kerana pintu taubat itu terbuka luas untuk kita. Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun.. mintalah keampunan dari dia, nescaya dia akan mengampunkan dosa umatnya.. (kisah si pembunuh 99 orang menunjukkan betapa Allah itu Maha Pengampun)..
Dan ingatlah Allah meletakkan hamba disisinya mengikut ukuran si hamba itu meletakkan Allah di jiwanya.
(coretan… 18 Disember 2001)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan