Mak,
Aku tak tahu kenapa mak tak suka aku masuk Islam. Aku betul-betul bingung kerana mak.
Mak,
Kita tetap sama seperti dulu.. kita tetap anak beranak..aku tetap anak mak.. yang membezakan kita cuma agama… itu sahaja AGAMA. Mak kan tahu betapa aku mencintai ISLAM sejak dulu lagi..bukan sebab lelaki, tapi aku ikhlas mencintai ISLAM. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan kepada mak. Aku tak minta lebih dari itu mak cuma satu sahaja aku minta.. RESTU dari mak.. itu sahaja… susah sangat kah mak nak merestui aku.. jika mak ingin aku bahagia..restuilah aku..aku sayangkan mak..dan aku tahu mak juga sayangkan aku. Aku tetap akan sayangkan mak walaupun aku ISLAM. Tidak ada apa-apa halangan antara kita mak… aku tak nak membelakangi mak.. tapi aku cuma inginkan restu dari mak..
Mak,
Impian aku sejak dulu… aku ingin PERGI sebagai seorang ISLAM… biarlah aku sempat mengucapkan kahlimat syahadah sebelum aku hembuskan nafas terakhir.. kita tak tahu bila ajal kita.. aku tak nak pergi dalam keadaan sesat mak… aku sayangkan mak… aku sayangkan semua..aku juga tak pernah pinta semua ini terjadi.. ketentuan dari Allah mengatasi segala-galanya mak… ingatlah mak.. jika mak ingin melihat aku bahagia, restuilah aku mak..sebelum mak menangis..sebelum mak menyesal.. bahagiakanlah dia seperti yang dia idamkan selama ini.. kebahagiaan yang dia cari selama ini…
Mak.. Na sayangkan mak… (20 November 2001)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan