Alkisah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin berjumpa orang alim untuk minta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang & bertanya sama ada dia masih ada peluang lagi untuk bertaubat. Orang alim dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu byk. Lelaki itu menjadi marah & terus mbunuh orang alim itu, menjadikannya mangsa yg ke-100. Dia masih ingin terus b’taubat & mencari kalau ada ulama yang boleh membantu. Akhirnya dia berjumpa dgn seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang & bertanya sama ada Allah menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia msih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri dimana terdpt abid yang mana membolehkan dia untuk tinggal & beribadat bersama-sama. Ulama itu melarang dia pulang ke negeri asal yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri berkenaan. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketika itu terjadilah perbalahan 2 malaikat, iaitu malaikat Rahmat & Malaikat Azab. Malaikar Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah lelaki baik kerana azamnya untuk bertaubat sementara malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su’ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang & masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan & tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu. Allah kemudian menghantar malaikat lain berupa manusia utk mengadili perbalahan mereka. Dia menyuruh malaikat-malaikat itu mengukur jarak, adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju @ lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jarak lebih dekat dengan tempat kebajikan, ia kepunyaan malaikat Rahmat & sebaliknya. Setelah diukur didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal. Lalu roh lelaki tersebut terus diambil oleh Malaikat Rahmat. (Tidakkah anda lihat Allah itu Maha Pengampun lagi Maha mengasihani).
Khamis, 8 Oktober 2009
Alkisah Pembunuh 99 Orang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan